Fitrah Teragung

Duduknya mereka bersama

Difikir tiada yang membataskan

Biar saja, asalkan bahagia

Dibenaknya,

Cinta ini fitrah teragung

Mana mungkin terpisah

Kerana niat itu

Adalah semata-mata untukNya

Lalu ditadahkan tangan mereka

Seraya berdoa

“Janganlah Kau mengujiku,

Kerana tanpanya, ku tak mampu.”

 

BerdiriNya Dia sendiri

Memerhati tanpa limitasi

Hanya dengan redhaNya, akan datang bahagia

Lalu ditakdirkan,

Cinta mereka musnah

Pasti akan terpisah

Kerana niat itu

Tidak menghalalkan cara

Lalu apabila tangan mereka tertadah

Dia menjawab

“Aku hadiahkan pilu,

Agar kau dekat denganKu.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s